00 15 OGOS 2016: Saya mohon maaf sebab tak dapat nak membalas komen-komen pertanyaan dari anda semua bakal pelajar ASPER atau yang berminat. Hal ini demikian kerana saya sudah lebih 2 tahun meninggalkan Asasi Sains Pertanian UPM. Sudah banyak yang saya lupa berkenaan maklumat-maklumat dan sistem ASPER. Kemungkinan sistem telah berubah dan saya takut saya tersalah memberi informasi.
Penceritaan saya di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya 2 tahun lepas (2014). Harap anda semua memahami dan menikmati penulisan dari saya. Maaf dan terima kasih ^ ^ 00 00.50 am. Di entri kali ni aku akan cerita tentang rutin hidupku sepanjang bergelar pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPER) UPM. Firstly aku nak bagitau, kebiasaan pelajar ASPER Laluan Perdana (Kemasukan Mei/Jun) mereka akan di tempatkan di kolej yang paling awesome diantara 17 kolej yang ada kat UPM ni, which is Kolej 13! (okay, sekarang 2015 pelajar ASPER tak semestinya duduk Kolej 13. Ada juga ditempatkan di kolej lain.
Jangan cuak la ye kalau surat tawaran tak tulis Kolej 13 ^^) Ni Dewan Kolej 13 (theme colour blue yellow you olls!rare gituhh) Pagi2 biasa aku bangun pkul 6.20 pagi,( terpulang la nk bangun pukul bape pun),then bersiap-siaplah. Mula-mula rase janggal jugak la sebab mase kat asrama dlu pkul 5.50 pagi da kene terpacak kat surau Sahut tu untuk solat subuh berjemaah. Skang ni, di waktu yang same itu, aku ntah kemana-mana di alam mimpi. Bagi ASPER, sebahagian besar kuliah bermula pukul 8 pagi so, aku akan turun ke tmpat menunggu bas (tak jauh pun) pukul 7.00 / 7.10 pagi. Tapi sebahagian besar pelajar lebih gemar pi tunggu bas pukul 7.30 pagi ke atas.
Yang aku tak gemar, kalau turun lewat2,confirm kene berasak-asak nak naik bas and paling teruk kalau kene berdiri dalam bas tu. Berbicara bercakap berkenaan bergerak ke kuliah ni, ada 3 alternatif untuk pelajar ASPER.: 1) Naik bas (kekerapan bas melalui kawasan kolej: -+7 minit setiap bas), 2) Naik basikal: ada laluan khas bagi basikal di kebanyakan bahagian UPM menuju fakulti,insya Allah selamat), 3) Hang jalan kaki, hang berpeluh+nak tecabut kepala lutut baru sampai Pusat Asasi) Elaun Mana-mana pelajar lepasan SPM yang diterima masuk ke program Asasi di universiti-universiti AWAM Malaysia atau Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia layak mendapat ELAUN. Tak kira pendapatan keluarga anda walaupun tinggi melangit. Begitu jugak di ASPER! Elaun dapat RM1250 untuk setiap semester.
Diulangi, setiap semester. Alhamdulillah., sedikit sebanyak bolehlah kurang kan beban parents kan. Makan Bab makan ni xpayah dok risau. Ada banyak kafe yang boleh anda kunjungi dengan pelbagai pilihan makanan. phewww.macam tengah buat iklan daaaa.
Ujian / Peperiksaan Mungkin ada yang sudah sedia maklum, ASPER mempunyai 3 semmester dalam jangka masa 1 Tahun. Setiap semester mempunyai 2 kali Ujian dan 1 kali Peperiksaan Akhir.
Jarak antara ketiga-tiga ujian ni adalah lebih kurang 4minggu kuliah. ( macam berbelit je). Macam ni, belajar 4 minggu, Ujian 1 seminggu. Then belajar 4 minggu lagi, Ujian 2 seminggu, then belajar 4 minggu pastu Final Exam 2 minggu. Bagi kebanyakan subjek, apa-apa topik yang sudah disoal @ dipelajari sebelum/dalam Ujian 1, tak akan ditanya dalam Ujian 2. Dan soalan Peperiksaan Akhir tak akan meliputi topik yang sudah disoal @ dipelajari sebelum/dalam Ujian 1 & 2.
(Tapi Fizik macam terkecuali je, sebab setiap kali final exam akan keluar soalan dari topik lepas2.hurrmmmm). Contoh Kalendar Akademik ASPER 2013/2014 Contoh Jadual Kuliah ASPER Semester 3) Masa Lapang Aku pun tak tahu nak huraikan faktor masa bagi pelajar ASPER ni. Kire banyak jugak kut mase lapang. ( ke, aku je yang rasa mase lapang kat sini banyak sebab kurang buat ulangkaji?).haha! Ok la, waktu lapang aku aku isi dengan menonton televisyen. Setiap blok ada bilik TV yang dilengkapi ASTRO.
Kalau nak aktiviti yang lebih sihat, boleh lah pi berjogging sekitar UPM ni. Venue pilihan? Pemandangan yang sangat indah ( ehem.ehem.),mampu menyegarkan minda dan hati yang gundah-gulana (insya Allah dengan izinNya). (BUKIT EKSPO UPM) uuuuuu.penat lah pulak. Nanti kalau ade ape2 lagi yang aku nak kongsi akan aku update. UPDATE 7 Mac 2015 Memang tak ramai yang mintak sebab ramai lagi yang tak tahu kelebihan asasi sains pertanian (ASPER) ni. Padahal kalau diikutkan, asper ni lah salah satu asasi yang bagi peluang kepada pelajar untuk pilih laaaagiii banyak kursus bila degree nanti.
Boleh amek engineering, medic, pendidikan and lain-lain SAME macam Asasi lain cuma tambah satu lagi cabang iaitu Pertanian. Bila nak masuk degree tak semestinya kena lanjutkan ke bidang pertanian.
Itu yang orang tak tau. UPDATE 4 MAC Insha Allah,maaf yer lambat respond. Line internet kat sini kurang memuaskan.huuuuu.Satu lagi, sebelum awak semua tanya soalan, cuba baca komen2 yang lama kat bawah tu. Mungkin ada persoalan korang yang akak dah jawap berdasarkan soalan dari pengunjung yang lepas.
Sebab akak terima banyak soalan yang berulang. Selamat datang ke UPM! P/S: Pukul 7.00 pm sampai 10.30 pm berada di Masjid Putrajaya sempena Majlis Kesyukuran Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2014.
Entri lain tentang ASPER. Salam akak:) hehe.nak tanye questions.harap akak sudi membantu.! Result akak brape? Saya dpt 8a campur 1 b. (physics) total 9 subject 2. Akak dulu susun upu upm first choice ke? (sbb saya first choice) tekad nk upm.
Best nye asper!!! Akak, banyak ke budak asper straight a dan dari skulah asrama seperti akak? (sbb saya skulah menengah harian ( biasa)) 5.
Program Asasi
Ramai ke yg apply asper ( haha soalan merepek. AKAK TQQQ sudi menjawab. Semoga akak score 4 flat kt asper dan dipermudahkan urusan amin.
Mmg best msuk asper! Jom la.ajak kwn reramai.
Akak cube jwp soalan tu sebaik mungkin. But before that, CONGRATULATIONS FOR YOUR RESULT dear najihah muhd! 1.result SPM akak pun mcm najihah,tapi B+ addmath.mmg xleh buat pun subjek tu.haha.malu plak -'.huhu 2.UPU mmg akak letak 1st choice.sbb mmg pertanian ni da jadi buah hati akak dari kecik lagi.huhu. Insya'allah pluang nk dpt tu cerah sbb sbnarnya tak ramai yg ltak Asper ni as a 1st choice. Mybe dyorg x terinform lagi psl Asper ni dan sistem dy. (sambil jawap soalan 5).so, akak pun rase bertanggungjawap untuk mempromosikan asper di mata dunia.hehe 3.asper super best!!!! Student skola harian biasa and sekolah berasrama kalau diikutkan same ramai je.
Don't worry.tak ade jurang pun between them. Bila masuk asper, semua same je.
Start from zero. 5.da terjawap. Thnks for the wishes.wish you luck too assalamualaikum. Waalaikumsalam anon 1. Berkenaan cara pemakaian.
Kalau perempuan kena sopan la kan tak kisah t-shirt berseluar ke, baju kurung ker, skirt panjang ke. Non-muslim kalau nak skirt kena bawah lutut. Lelaki., plak. Ini yang lawak.
Etika pemakaian mana2 universiti bagi pelajar lelaki adalah kemeja@ t-shirt berkolar. Kalau asper batch akak minggu pertama je pljar lelaki sangat anggun berpakaian formal. Lps tu., bantai pakai tshirt round neck n slipar p tandas.kui3. Untuk aktiviti lab, memang wajib pakai kasut bertutup penuh.
Barang Keperluan., tak ada yang spesifik seperti bawak cangkul atau baja.haha!ok gurau. Bawak barang yang awak nak guna sehari-harian la. Ade ape kemusykilan lagi? Feel free to ask! Waalaikumsalam anonymus 2. Kalau kitorang dulu dapat cuti raya pertama n kedua je dari UPM. Tapi kalau ikut taun ni., insya'allah raya jatuh pada ari isnin n selasa.
So., korang boleh mula balik hari jumaat+weekend(sabtu,ahad)+isnin,slasa. Tapi kalau korang teringin nak cuti lama2., boleh ikut tips ni., pujuk lecturer2 korang untuk ganti kelas siap2 untuk raya ketiga atau empat. Kena bagitau awal2 la kat lecturer takut kls laen da book dyorg untuk ganti kls. Ade ape2 soalan lagi., boleh tnya ek.
Waalaikumsalam firdaus IbnuAhmad. Jangan stress2. Akak try jawap yer. kat asper tiada subjek pilihan. Semua yang dy hidang., kita wajib ambil -semua subjek wajib lulus.
And insya'allah senang je nak lulus kalau buat ape yang lecturer suruh -semua subjek akan dicampur dalam pointer - subjek yang wajib diambil setiap semester ade je. SEMESTER 1 -physics -biologi -kimia -pertanian -matematik -english SEMESTER 2 -fizik -biologi -kimia -pertanian -matematik -english SEMESTER 3 -fizik -biologi -kimia -pertanian -matematik -pengenalan kepada ICT #any other questions?
Feel free to ask ya? Wa'alaikumsalam anonymous 4! Tahniah dapat asper. Pelajar dari sarawak yang akak kenal ade 2 orang.and mungkin ada lagi yang akak tak kenal.jangan risau., nanti boleh buat kawan lagi ramai kat sini.pasal yuran, dia ada bagitau dalam buku panduan. Bantuan kewangan macam elaun nanti dapat RM 1250 untuk 1 semester. Bagi pelajar sabah & sarawak., nanti kamu semua dapat duit belanja untuk 1 flight kalau tak silap pergi dan balik. Tapi SEKALI je dapat.
Ok., rase tu je kot., nanti kalau ade soalan lagi., tnye la yer. Welcome to semenanjung dear! Hai anonymous 8! The lecturers here are super supporting! We had BBQ together although during the night, lots of selfie, they treat us for lunch and most of them will bring us candy when they came back from vacations. We can share our problems with them like they are our school teacher. When the examination is around the corner, some of them will give us the tips on the topics.
Actually i don't know how to explain about the courses because different course have different level of 'difficulty', but for me most of the courses are medium. As long as we do our duty as the student well, everything will be easy right? I hope it answered your question (^^). Maaf lambat reply. Untuk semester kedua tak perlu bayar sampai ribu2 tu and RM1369.50 dah masuk bayaran penginapan dan yuran pembelajaran di asasi untuk SETAHUN tu Mungkin kalau adapun pihak kolej atau asasi minta bayaran tambahan adalah untuk kos aktiviti kolej atau untuk t-shirt kolej. Akak pun lupa berapa, mungkin RM200 kut.
Kalau kaki shopping, memang tinggi la kos hidup tu. As long as kita pandai berjimat cermat, insya'Allah, pakai duit elaun KPM RM1250 setiap Semester tu pun dah cukup dik. Akak dah buktikan. Assignment tu ada. Tapi sekadar untuk markah tambahan.
Tak ada lah berat sangat sampai berbulan-bulan kena buat kajian. Lecturer bagi solan fizik 3 soalan suruh hantar esok pun dikira assignment. Kira macam kerje rumah ler.huhu -biasiswa wajib buka akaun CIMB -UPM tak ada sediakan pengankutan untuk balik kampung. Cuma bas untuk ke stesen komuter serdang ada disediakan.
Dari komuter tu lah adik boleh ke stesen bas atau ke mana2. Tapi ada special case, kalau Persatuan Negeri masing2 ada sedian kan perkhidmatan bas, kira untung lah. Setakat yang akak tahu, Persatuan Anak Kelantan yang rajin gak buat perkhidmatan bas dari UPM teruss Ke Kelantan.
Persatuan lain, akak tak sure. Anonymous Hi kak!!!nak tnya niiii:'( eh!!btw nama saya Yusof.kakak bole reply letak cam ni(yusof:bla bla bla).sbb nnt pening sbb trlampau ramai peminat anonymous ni.binggung saya nanti:))))))) Kak!!nak tanya adik saya bakal AsPer ni!!! 1.Baju dia mesti baju kurung?lepas tu kalau taknak pakai baju kurung,mesti pakai baju berkolar eh?kalau blouse lengan panjang and takde kolar bole tak?lepas tu jeans xbole eh?seluar slack bole?tolong ah kak pening kepala nak beli baju apa untuk adik saya ni.-sbb baju kurung mahal sangattt nak cari yg simple2 baju kurung pun susahhhh.kak tolong jelaskan detail eh.buku panduan pljr baharu xdetails lah Geram jer. 2.ni lagi kakk kalau nak pakai kapal trbang tu,kita beli siap2 kan tiket pastu claim balik kat diorang UPM kan??takut kena tipu.dari abg yg concern. Tahniah untuk adik yang bakal Asper. Minta maaf lambat reply, harap belum terlambat.
Pakaian kat sana terpulang, tak semestinya baju kurung. Terpulang atas diri sendiri.
Cuma kalau hari jumaat tu pihak u saran pakai baju kurung. Yang kena berkolar tu lelaki sahaja. Slack, jeans,blouse,kemeja, skirt panjang semuan boleh. Jangan pening2 ya? Berkenaan TIKET KAPAL TERBANG yang boleh claim tu hanya dikhaskan untuk pelajar SABAH & SARAWAK. Itu pun hanya boleh claim untuk SATU perjalanan sahaja.
(boleh rujuk balik buku panduan) 3.Saya kurang arif berkenaan yuran tu sebab kalau saya tahun lepas hanya RM7. Tentang bayar ansur2 tu saya tak pasti boleh atau tak. Sebenarnya yuran pengajian lebih lagi dari RM30 kalau tak silap, jadi KPM dah sponsor untuk sebahagian besar dari tu dan kita hanya perlu bayar seperti yang diberitahu. Kira tak sponsor penuh r. Nota, lecturer akan bagi seperti yang dia paparkan dengan Slide Power Point. Cara nak salin, ikut keselesaan kita.tak nak salin pun tak apa ( sebab dah ada dalam notes yang dia bagi) BEBAS.huhu. Lecturer tak akan check dan tengok melainkan yang dia suruh tapi jarang sangat.
Boleh jer bawa buku nota sem 1 sampai habis asasi sebab BEBAS. Makanan kat sana biasa2 je kut. Kalau ambil banyak lauk banyak lah kena bayar. Tentang perbelanjaan tu, bergantung pada kemampuan diri sendiri untuk berjimat cermat. Kalau saya dulu, dengan duit Elaun dari KPM sebanyak RM1250 1 sem, memang cukup dari bulan 2 sampai awal bulan 5. Siap boleh beli pakaian baru lagi.(tak digalakkan.huhu) 6.Tentang fail asasi sains pertanian tu tak pernah dengar pulak, Pointer 2.5 insya'Allah masih boleh diterima masuk UPM sebab Syarat AM Universiti adalh 2.00.
Cadangan buku nanti pensyarah akan bagitahu sebab lain pensyarah, lain kehendaknya. Bila dah masuk ASPER, Semua orang dah setaraf. Pesan kat adik, yang penting rajin ulangkaji, sentiasa hadir kelas,fokus dalam pembelajaran dan sentiasa berdoa, insya'Allah., tough macam mana pun akan jadi mudah.I Kalau SPM 9A pun, kalau malas memang tak ada harapan.
Banyak kes macam tu. Kasut kalau masuk makmal wajib bertutup. Tak perlu gelap macam lelaki., kesian kt adik tu. Bebas jer, 9. Entry, untuk barang yang nak dibawa?
Nanti link akan diberi Minta maaf kalau ada yang tak menjawap persoalan. Anonymous Assalamualaikum kak. Saya ni xlah pandai sangat dpt SPM 5A4B. Kak rasanya sy dpt angkat tak ni??dahlah tambah dengan agriculture lagi.BI lagi. Saya xpro sangat speaking ni apatah lagi writing.sedih sgt:'( nak tnya kak pernah tak kes org kena tendang ker??majority dpt angkat tak kak??paper dia susah kak??sy ni kiranya slow learner:'( kakkk lagi satu nak tnya nnt time amali pertanian tu nak pakai baju sendiri eh??baju lengan panjang yg berkolar yg ada button2 tu??nak beli berapa eh?seluar pula seluar track?? Pernah kes kcurian tak kak sana??nak tnya buku nota tu diorg sponsored tak??
Terima kakk:) satu-satunya blogger yg cepat bg response kat penanya2 tegar ni.mudahan kakak diberkati:) OHYA NAMA SY TIARA.REPLY SEBUT TIARA AH.x confius nnt:D. Waalaikumsalam Tiara. (^^) adik jangan lah merendah diri sangat k. Bila dah diterima masuk Asper ni macam orang lain, kita semua dah dikira setanding. Hanya kerajinan dan perancangan Allah yang menentukan kejayaan kita. Pasal agriculture adik jangan risau, ikut statistik (cehh.haha.) sangatt mudah nak dapat A.
Dalam 1 kelas, susah nak cari sorang yang dapt B dik.huhu. Percayalah cakap akak. English pun tak payah pening2, nanti sem 1, kita akan belajar basic English balik macam skolah rendah dulu.huhu.
Lecturer pun supporing macam cikgu sekolah. Insya'Allah adik boleh angkat. Sewaktu AMALI pertanian, pakai baju sendiri berseluar track dan berkasut sukan kalau pergi ladang. T-Shirt tu TAK perlu @ tak semestinya berkolar dan berbutang2 dik. Pakai baju t-shirt yang adik biasa pakai tu je (menutup aurat dan sopan). Nak bawak berapa?
Ikut adik lah sebab amali pertanian SEMINGGU SEKALI jer.huhu. Sebab nanti nak masuk lumpur, kolam, kalau beli baju baru sayang lah pulak.huhu. Kes kecurian biasa blok lelaki la. Tapi sanggggaaat sikit dik. But still kena beware lah adik kan? -Buku nota tak disponsore.huhu (^^) thanks untuk doa dan pujian tu Tiara. Sorry lambat reply comment adik.
Hello hai Dewi! Minta maaf lewat reply. Harap masih belum terlambat (^^). Pasal yuran pendaftaran tu, akak tak pastilah boleh bayar ansur-ansur atau tak. belajar kat sana tak susah kalau Rajin datang kelas dan ulangkaji - kalau tak silap akak untuk veterinar adalah 3.75. Tapi standard tu akan berubah dari tahun ke tahun - degree wajib ambil di UPM sebab lepasan Asasi Sains Pertanian UPM tak boleh isi UPU macam asasi lain dan matrikulasi - Untuk doktor perubatan kalau ikut senior akak kata mesti 3.99.
Maksudnya 4.00 la baru ada harapan. bagi akak, subjek paling tough adalah Calculus yang adik2 akan belajar di Semester Ke-2 (^^) (^^) (^^). Firstly nak minta maaf sebab berkenaan kuota ni, saya kurang arif sebab luar bidang kuasa saya. Tapi yang saya boleh cakap kat sini, insya'Allah pelajar Asper diberi keutamaan kalau cukup syarat2nya. Kelayakan untuk medic memang tinggi lah kan.
Saya rasa kalau 4.00 pun tak confirm lagi boleh dapat sebab persaingan tinggi. Pasal student luar tu, saya lagi tak pasti sebab saya baru lepasan asasi dan tak banyak bercampur dengar pelajar medic yang fakulti mereka nun jauh di sana.
Minta maaf kalau tak banyak membantu. Kolej 13 memang ada cafe sendiri jadi kira senang lah nak cari makan. Food court pun dekat, tapi kena jalan sikit la sebab dekat kolej lain. Kolej ni pun ada kiosk sendiri yang jual barangan runcit.
Tapi maybe tak berapa lengkap sangat r. K13 dekat tak dengan bank? TAPI JANGAN RISAU, sebab bank, kedai runcit yang lagi besar and kedai alatulis mudah je nak pergi naik bas UPM tu. On the way balik kelas pun boleh singgah kejap. Untuk solat jumaat, Akan ada bas yang akan angkut pelajar lelaki. Jangan risau. Menjawap soalan tak nie?
Kalau ada soalan tanye la lagi. Mengikut laman web di Pusat Asasi sains Pertanian UPM, syarat kelayakan untuk memohon adalah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk Bahasa Melayu. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Biology, Chemistry, Mathematics dan Additional Mathematics; Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SALAH SATU (1) daripada mata pelajaran berikut: Physics Sains Pertanian Pengajian Agroteknologi DAN Kepujian (Gred C+) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Jadi menurut akak, adik punya Fizik C+ tapi syarat yang diberi ialah sekurang-kurangnya B. Harap dapat membantu.
Maaf lambat reply. Hai Anonymous! Mengikut laman web di Pusat Asasi Sains Pertanian UPM, syarat kelayakan untuk memohon adalah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk Bahasa Melayu.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Biology, Chemistry, Mathematics dan Additional Mathematics; Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SALAH SATU (1) daripada mata pelajaran berikut: Physics Sains Pertanian Pengajian Agroteknologi DAN Kepujian (Gred C+) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Jadi adik dah memenuhi syarat2 di atas. Cuma bergantung pada rezeki adik lah semasa pemilihan. Teruskan berdoa okay?. Program ijazah untuk Pharmacist masih belum ada di UPM setakat ni tapi kalau ijazah lain di bidang perubatan macam Sains Bioperubatan, doktor, veterinar, Sains (Dietetik), Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti) dan Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) ada ditawarkan di sini.
Universiti lain insha Allah ada yang tawarkan program farmasi. Untuk memohon ke mana2 program ijazah yang adik suka, kebanyakannya bergantung pada pointer semasa adik di Asasi atau Matrikulasi. Kelayakan dari SPM mungkin ada juga,keep praying ^^ Harap dapat membantu. Terima kasih sebab sudi singgah blog akak nih.huhuhuhu. Untuk boleh sambung apa untuk degree, terlalu banyak untuk akak coretkan kat sini jadi, akak sediakan link untuk adik download senarai program yang adik berpeluang untuk ambil lepas asasi mengikut kelayakan -.kalau ada masalah atau tak boleh click link, adik boleh copy and paste link tersebut kat google okay? Kalau tak dapat juga, bagitau akak. Untuk soalan kedua, mengikut kefahaman akak melalui pembacaan di blog ini - beza Asasi Sains Pertanian UPM dengan Asasi Sains Hayat hanyalah pada subjek Pertanian.
Subjek lain hampir semuanya sama macam Kimia, Fizik,Biologi dan English. ^^ Harap dapat membantu. Memang tak ramai yang mintak sebab ramai lagi yang tak tahu kelebihan asasi sains pertanian (ASPER) ni. Padahal kalau diikutkan, asper ni lah salah satu asasi yang bagi peluang kepada pelajar untuk pilih laaaagiii banyak kursus bila degree nanti. Boleh amek engineering, medic, pendidikan and lain-lain SAME macam Asasi lain cuma tambah satu lagi cabang iaitu Pertanian.
![]()
Bila nak masuk degree tak semestinya kena lanjutkan ke bidang pertanian. Itu yang orang tak tau. Tak ramai mintak, senang sket nak masuk.
Kurang persaingan.hakhakhak (gurau). Semoga impian adik dan ibu adik termakbul.aminnnn. Mengikut pembacaan akak kat laman web Pusat Asasi Sains Pertanian UPM, subjek Biologi tu salah satu subjek yang diambil kira untuk kelayakan memohon dik. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk Bahasa Melayu. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Biology, Chemistry, Mathematics dan Additional Mathematics; Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SALAH SATU (1) daripada mata pelajaran berikut: Physics Sains Pertanian Pengajian Agroteknologi DAN Kepujian (Gred C+) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Mengikut pembacaan akak kat laman web Pusat Asasi Sains Pertanian UPM, subjek fizik tu salah satu subjek yang diambil kira untuk kelayakan memohon dik. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk Bahasa Melayu. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Biology, Chemistry, Mathematics dan Additional Mathematics; Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SALAH SATU (1) daripada mata pelajaran berikut: Physics,Sains Pertanian,Pengajian Agroteknologi DAN Kepujian (Gred C+) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Tapi kalau adik ada ambil Sains Pertanian @ Pengajian Agroteknologi masa SPM dulu, tak ambil Fizik pun tak apa dik.
Harap membantu. Takat ni UPM tak ada lagi pharmacy. Untuk soalan kedua tu,em. Akak kurang arif sbb luar bidang.
Electrical estimating guide. Tapi kbiasaannya kalau tak dapat medic atau pilihan pertama insha Allah kita dinilai untuk pilihan kedua dan strusnya yg ssuai dgn kelayakan kita. Jadi bila nk letak pilihan2 kursus tu kena ssuai dgn klykn la jadi bleh mngelak bab 'kena campak ke degree yg xdiingini' tu.hihi.
Jangan takut yer dikk.blajar rajin2 doa byk2.insha Allah. Ada kes pindah ke ipts TAPI bukan kena buang ke ape. Cuma pilihan dia sendiri sbb nk kejar cita2. Maafla kalu penerangan tak cukup terang.huhuhu.
Waalaikumsalam.maaf lambat reply. Awak calon spm 2016, sama dengan adik saya. Result yang layak untuk memohon ASPER mengikut laman web asper adalah Arus Perdana SYARAT KEMASUKAN Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Program Asasi Sains Pertanian: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya; (i) Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, dan (ii) Gred C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, dan (iii) Gred B dalam SEMUA mata pelajaran berikut: Biologi Kimia Matematik Matematik Tambahan (iv) Gred B dalam SALAH SATU mata pelajaran berikut; Fizik, atau Sains Pertanian, atau Pengajian Agroteknologi. So akak harap adik akan cuba yang terbaik yaa. Walaupun calon spm mendapat kelayakan minimum, persaingan adalah sengit tau. Waktu akak di asper dulu, kebanyakan kawan2 yang akak jumpa hanya dapat 1B atau 2B dan kadang2 1C (yang lain semua A).
So, u guys kena cuba yang terbaik ya ^^. Wahhhh!tahniah dikk.
. Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.
Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni. Ramai ingat kalau ambil STAM ni akan jadi ustaz/ustazah sahaja.Jangan risau, lepasan STAM mempunyai peluang yang cerah sama seperti STPM.Pelajar yang mendapat keputusan 'mumtaz' boleh melanjutkan pelajaran di Mesir, Jordan ataupun Morocco.Bagi yang mendapat pangkat lain, anda masih lagi berpeluang besar di universiti-universiti tempatan dalam bidang Sains, Perakaunan, Agama dan sebagainnya.Pelajar SABK seperti Samten beruntung kerana dengan pencapaian cemerlang dalam SMA (sijil menengah agama ) boleh terus memohon STAM.STAM merangkumi 10 subjek. Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains.
Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Comments are closed.
|
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |